Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WGS sambut Bulan Bahasa 2019 dengan pelbagai acara

Acara kemuncak persembahan kumpulan muzik 2D yang turut diiringi Orkestra Melayu Singapura
Sep 19, 2019 | 05:30 AM



WISMA Geylang Serai (WGS) akan menyambut Bulan Bahasa tahun ini dengan mengadakan pelbagai acara sepanjang sebulan.



Ia mengumumkan dalam satu sidang akhbar semalam bahawa tujuh acara akan diadakan, termasuk bengkel sastera, acara Malam Sastera dan acara kemuncak, persembahan oleh kumpulan muzik 2D.



Menurut Penolong Pengarah Program Bersepadu dan Perhubungan Pelanggan WGS, Encik Muhammad Yunus Haroon, pihak WGS menjangkakan program itu dapat menarik 3,000 orang pada keseluruhannya, berbanding 2,100 tahun lalu.



Encik Muhammad Yusuf berkata:



"Kami ingin tujukan program kami ini kepada tiga golongan, iaitu peminat kesusasteraan, keluarga dan golongan belia, yang kami harapkan akan beri kami sokongan terkuat."



Antara cara WGS menarik hati golongan belia adalah dengan menganjurkan kumpulan muzik 2D yang turut diiringi Orkestra Melayu Singapura.



Persembahan tersebut bertujuan menghidupkan penghargaan terhadap bahasa Melayu dengan menonjolkan seni kata lagu terkenal kumpulan 2D seperti Cenderawasih.



Kumpulan 2D turut menghargai peluang mempersembahkan lagu mereka di WGS, lebih-lebih lagi kerana kawasan Geylang Serai mempunyai nilai sentimen bagi mereka.



Salah seorang anggota kumpulan 2D, Rifaah Ridzuwanulhakim, yang juga hadir dalam sidang akhbar tersebut berkata:



"Konsert 2D pertama diadakan di Artis Corner di Perkampungan Melayu, yang sekarang digantikan dengan pentas WGS.



"Dua puluh tahun sudah berlalu, dan kini WGS masih melambangkan hab bagi masyarakat Melayu menikmati budaya dan tradisi."



Antara acara lain yang dianjurkan ialah Seminar Kata Seni Kata, dengan penulis lirik dan penggubah lagu yang masyhur dari Singapura berkongsi proses menulis seni kata dengan peserta.



Penyanyi Art Fazil antara yang dijemput berkongsi pengalamannya dalam seminar tersebut.



Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu (Perbayu) Universiti Teknologi Nanyang (NTU) juga akan menganjurkan Malam Sastera yang memberi peluang kepada peserta berkongsi hasil karya mereka bersama khalayak ramai.



Program Bulan Bahasa di WGS akan bermula lusa dan berakhir pada 13 Oktober.




" Kami ingin tujukan program kami ini kepada tiga golongan, iaitu peminat kesusasteraan, keluarga dan golongan belia, yang kami harapkan akan beri kami sokongan terkuat. "
- Encik Muhammad Yunus Haroon, Penolong Pengarah Program Bersepadu dan Perhubungan Pelanggan WGS.



"Konsert 2D pertama diadakan di Artis Corner di Perkampungan Melayu, yang sekarang digantikan dengan pentas WGS. Dua puluh tahun sudah berlalu, dan kini WGS masih melambangkan hab bagi masyarakat Melayu menikmati budaya dan tradisi."
- Rifaah Ridzuwanulhakim, salah seorang anggota kumpulan 2D.




ACARA BULAN BAHASA DI WISMA GEYLANG SERAI



1. SEMINAR KATA SENI KATA



Tarikh: Sabtu, 21 September

Masa: 4 petang hingga 6 petang

Tempat: Tingkat 4, Project Studios



2. DUIT! DUIT! PERMAINAN PAPAN DAN BENGKEL CILIK WANG



Tarikh: Sabtu, 28 September

Masa: 2 petang hingga 6 petang

Tempat: Tingkat 4, Project Studios



3. BENGKEL ADAPTASI KARYA SASTERA KE SKRIN



Tarikh: Sabtu, 28 September

Masa: 9 pagi hingga 1 petang

Tempat: Tingkat 4, Project Studios



Tarikh: Sabtu, 5 Oktober

Masa: 9 pagi hingga 3 petang

Tempat: Tingkat 4, Project Studios



4. WGS BULAN BAHASA PERSEMBAHAN MUZIKAL OLEH 2D



Tarikh: Sabtu, 5 Oktober

Masa: 8 malam hingga 10 malam

Tempat: Tingkat 1, Events Space



5. MALAM SASTERA PERBAYU 2019



Tarikh: Sabtu, 12 Oktober

Masa: 5 petang hingga 10 malam

Tempat: Tingkat 4, Project Studios



6. WACANA SASTERA SINGAPURA



Tarikh: Ahad, 13 Oktober

Masa: 10 pagi hingga 5 petang

Tempat: Tingkat 4, Project Studios




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >