Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WGS sambut ulang tahun ke-2 dengan pelbagai persembahan

Jan 24, 2021 | 10:41 PM



PUSAT sivik masyarakat Wisma Geylang Serai (WGS) menyambut ulang tahun keduanya tahun ini dengan pesta tiga hari sejak Jumaat. 



Dengan tema “Raikan Geylang Serai, Prihatin tentang Masyarakat”, kemuncak sambutan itu pada malam Ahad (24 Jan) memaparkan beberapa persembahan menarik termasuk persembahan lagu ‘Kedua’, ciptaan asal WGS yang mengisahkan tentang daya tahan masyarakat Melayu/Islam dalam menghadapi pandemik. 



Lagu tersebut dipersembahkan oleh artis tempatan Fathin Amira. 



Ini selain penyampaian sajak oleh Akmal N dan persembahan tarian oleh kumpulan Sacred Connection. 



Dalam ucapan yang disampaikan semasa acara itu, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim berkata walaupun turut terjejas oleh keadaan pandemik Covid-19, WGS tetap berjaya mempelbagaikan rancangan-rancangan dan memperkayakan mutu karya. 



“Walaupun tidak boleh ‘bertemu’ masyarakat secara fizikal, WGS tidak menyerah kalah, bahkan lebih menyerlah dengan program-program dalam talian agar tidak mengecewakan masyarakat yang dihargai,” katanya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >