WGS selaras Bazar Raya Geylang Serai; sewa gerai dihadkan
Lebih banyak barang Hari Raya, makanan tradisional Melayu; semua makanan ditawar halal
PELBAGAI peningkatan akan dibuat kepada Bazar Raya Geylang Serai tahun ini demi memenuhi cita rasa segenap lapisan masyarakat dalam meraikan Ramadan dan Hari Raya.
Demi menangani isu kos sewa gerai tinggi sejak beberapa tahun lalu, sewa akan dihadkan kepada $14,000 tahun ini, umum Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, dalam sidang media di Wisma Geylang Serai (WGS) semalam.