Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:16
Isyak
8:23

WHO beri amaran dunia di ambang paling bahaya

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

WHO beri amaran dunia di ambang paling bahaya

Varian Delta yang lebih mudah berjangkit kini tersebar di 98 negara
Jul 04, 2021 | 05:30 AM

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan amaran bahawa dunia kini berada dalam "tempoh paling berbahaya" sepanjang pandemik koronavirus ini dengan varian Delta yang lebih mudah berjangkit yang ditemui di sekurang-kurangnya di 98 negara.

Ketua WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata kelmarin varian itu, yang pada mulanya ditemui di India, amat berbahaya selagi ia terus berubah dan bermutasi.

Justeru, ia memerlukan penilaian berterusan dan penyesuaian teliti terhadap respons kesihatan awam.

"Varian Delta ini telah ditemui di lebih 98 negara dan kini menular dengan pantas di negara yang mempunyai perlindungan vaksinasi yang tinggi dan rendah," katanya.

"Di negara-negara yang mempunyai perlindungan vaksinasi rendah, gambaran teruk di mana hospital tidak dapat lagi menampung pesakit kini kembali. Namun, tiada negara yang terkecuali sejauh ini."

Pemerintah seluruh dunia telah menimbulkan keprihatinan berkaitan penularan varian Delta walaupun mereka kini melonggarkan sekatan pergerakan dan mula membuka semula sempadan dalam usaha menyelamatkan ekonomi yang terjejas teruk.

Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika berkata hampir 25 peratus jangkitan baru di Amerika berkait dengan varian Delta, meningkat dari enam peratus pada awal bulan lalu.

Kesihatan Awam England melaporkan bahawa varian tersebut menyebabkan 99 peratus ujian Covid-19 berurutan, sementara Pusat Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Eropah memberi amaran bahawa varian Delta dijangka menjadi punca 90 peratus kes pada akhir bulan depan.

Varian Delta juga semakin meningkat di seluruh Asia dengan negara-negara seperti Australia dan Malaysia melaporkan lonjakan kes jangkitan yang menyebabkan mereka menguatkuasakan semula perintah kawalan pergerakan dan mempercepat kempen vaksinasi.

Dr Tedros menggesa pemerintah untuk memastikan sekurang-kurangnya 10 peratus warga mereka divaksin, bermula dengan pekerja barisan hadapan dan kumpulan yang senang dijangkiti.

Katanya, ini akan mengakhiri tahap serius wabak ini dan menyelamatkan lebih ramai orang.

Beliau juga menggesa pengeluar vaksin, seperti Pfizer-BioTech dan Moderna, untuk berkongsi pengetahuan dan teknologi demi mempercepat penghasilan vaksin mRNA.

"Dengan lebih banyak hab vaksin yang ditubuh secepat mungkin, dan jumlah vaksin yang dipertingkat, kita boleh menghentikan peningkatan jangkitan yang menyebabkan banyak kematian," katanya. - Agensi berita

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3