WHO puji pendekatan menyeluruh S'pura tangani virus
Mar 11, 2020 | 05:30 AM
KETUA Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus telah memuji Singapura atas "pendekatan menyeluruh pemerintah" bagi mengawal penularan wabak Covid-19.
Beliau juga berkata ancaman pandemik semakin mencabar dan menggesa negara di serata dunia supaya tidak "berputus asa" dalam memerangi penyakit koronavirus ini.