Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BICENTENNIAL SINGAPURA

William Farquhar yang corak kejayaan awal S'pura

Feb 03, 2019 | 05:30 AM



ORANG terpenting yang mencorak kejayaan Singapura pada empat tahun pertama ketibaan British ke sini bukanlah Sir Stamford Raffles malah Mejar Jeneral William Farquhar.



Demikian menurut Duta Kelana Profesor Tommy Koh pada pelancaran sebuah buku yang menjelaskan sejarah yang dikongsi bersama antara Singapura dengan United Kingdom (UK) pada 29 Januari lalu.



Berjudul 200 Years of Singapore And The United Kingdom(200 Tahun Singapura dan United Kingdom), buku yang diterbitkan Straits Times Press itu memaparkan koleksi esei oleh cendekiawan, ahli sejarah dan pakar subjek dari Singapura dan UK.



Antara mereka termasuk ahli sejarah, Encik Kwa Chong Guan, Encik Albert Lau, Encik Tan Tai Yong, Encik Karl Hack, Encik Anthony J. Stockwell dan Encik J.Y. Pillay.



Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa Profesor Koh yang merupakan penyunting bersama dengan Pesuruhjaya Tinggi British ke Singapura Scott Wightman berkata mereka berdua merasakan bahawa "Raffles telah diberi terlalu banyak penghargaan dan dua penduduk pertama, Farquhar dan Crawfurd, terlalu sedikit (penghargaan), bagi kejayaan awal Singapura".



Meskipun Raffles telah membentuk beberapa prinsip, pelan dan keutamaan bagi pelabuhan baru di Singapura, Farquharlah yang menciptakan keadaan yang membolehkan pelabuhan tersebut berkembang pesat.



Demikian menurut esei dalam buku tersebut yang ditulis oleh Dr Graham Berry, bekas ketua eksekutif Majlis Seni Scotland.



Perbezaan pendapat menyebabkan Raffles berjaya memperjuangkan pemindahan Farquhar dari pulau Singapura, tulis Dr Berry.



Ini merupakan antara pemahaman baru tentang sejarah penjajahan awal Singapura, kata Profesor Koh semasa pelancaran buku tersebut di Muzium Negara Singapura.



Buku itu bermula dengan dua esei yang menyentuh tentang prapenjajahan Singapura, sebelum berpindah kepada peristiwa penting lain termasuk ketibaan British, Pendudukan Jepun semasa Perang Dunia II, kemerdekaan Singapura pada 1965 serta pengunduran tentera British secara mendadak.



Ia juga mencerminkan legasi British di Singapura termasuk pengaruh mereka dalam bidang sastera, undang-undang, kesihatan dan pendidikan.



Berucap dalam majlis pelancaran tersebut, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Cik Grace Fu, berkata sejak kemerdekaan, Singapura telah memanfaatkan sifat dan asas yang ditinggalkan oleh British dan pada masa yang sama mencari kedudukan dan identitinya sendiri sebagai negara muda.



Pelancaran buku itu diadakan 200 tahun selepas tarikh Raffles dan Farquhar menjejakkan kaki ke Singapura buat kali pertama untuk menubuhkan pusat perdagangan bagi Syarikat Hindia Timur (East India Company).



Dalam pada itu, Profesor Koh berkata beliau menulis secara objektif dan seimbang dan mendapati bahawa selama 142 tahun menjajah Singapura, British telah melakukan "beberapa perkara yang baik dan beberapa perkara yang sangat tidak baik".



"British telah meninggalkan kita dengan legasi yang kaya lagi positif" yang membolehkan pemimpin awal Singapura membangunkan negara, katanya.



Pada masa yang sama, Profesor Koh akur hubungan antara Singapura dengan British berubah daripada penjajah dan yang dijajah kepada hubungan antara dua negara yang berdiri sama tinggi, malah Singapura melepasi UK dalam beberapa aspek.



Buku tersebut boleh didapati di kedai buku utama dan di www.stbooks.sg pada harga $35.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >