Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perjalanan 10 tahun ‘Beautiful People’ dan Wira

Wira rancang perkukuh kewangan demi pertingkat khidmat

Dua badan sukarela yang khusus dibentuk untuk wanita - Beautiful People dan Persatuan Untuk Wanita Dalam Pemulihan (Wira) - menyambut ulang tahun ke-10 mereka tahun ini dengan menyingkap pencapaian dan mengatur rancangan masing-masing demi memberi khidmat yang lebih baik pada masa depan. DEWANI ABBAS (dewani@sph.com.sg) meninjau perjalanan dan harapan mereka.
Jun 20, 2016 | 05:30 AM



DETIK 10 tahun membantu bekas penagih dadah wanita kembali ke pangkuan masyarakat bukan sahaja membuat persatuan Wira bertambah yakin akan kepentingan khidmatnya, malah perlunya ia diperluas.



Namun, soal dana menjadi hambatan utama. Maka, pada tahun ini ia mengorak langkah mengadakan projek mengumpul derma dengan sasaran $100,000 dalam setahun mendatang.



Wira, sebuah badan sekular yang membuka pintunya kepada semua kaum, ialah akronim bagi Women in Recovery Association atau Persatuan Untuk Wanita Dalam Pemulihan diasaskan oleh usahawan kemasyarakatan, Cik Sajni Linda Abdullah, pada 2006.



Naib presiden Wira, Cik Hamidah Johari, berkata persatuan itu mahu mengambil peluang bulan Ramadan ini dengan meletakkan kotak derma di beberapa tempat, selain menulis surat rayuan kepada beberapa individu agar menghulurkan sumbangan.



Selain itu, ia juga telah menyediakan khidmat panggilan telefon - 9095-0120 - yang membolehkan orang ramai menderma $70 untuk seguni beras dan barang makanan lain atau $35 bagi separuh barangan tersebut.



Wang yang terkumpul akan turut digunakan sebagai derma makanan termasuk kuih Raya dan habuan kepada anggota Wira sempena Hari Raya Aidilfitri.



Sehubungan itu, Cik Hamidah mendedahkan bahawa Wira ingin memperoleh taraf sebagai Institusi Bertaraf Awam atau Institution of A Public Character (IPC) yang akan membolehkannya mengeluarkan resit pemotongan cukai daripada penderma yang layak.



"Selain itu, kami juga mahu melicinkan lagi pengurusan Wira dan berura-ura mengambil seorang lagi pegawai eksekutif untuk menjalankan kerja kebajikan kami. Ketika ini kami ada seorang saja pegawai sambilan untuk menjalankan tugas tersebut. Ini semua memerlukan dana," terang Cik Hamidah, 59 tahun.



Sukarelawan Ustaz Nazree Wahid, 34 tahun, jurulatih dan konsultan motivasi, pula ingin memainkan peranan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap Wira.



Beliau bercadang mengadakan sesi minum teh dan ceramah pada akhir tahun ini bagi mengetengahkan beberapa wanita yang telah berjaya mengatasi cabaran dalam hidup mereka.



Rancangan lain Wira termasuk melakukan lebih banyak lawatan ke rumah anggota bagi mengenal pasti keperluan mereka dengan lebih baik.



Ketika ini persatuan tersebut mempunyai 376 anggota aktif dan masih dapat dihubungi Wira daripada sekitar 600 anggota yang pernah dicatat sebelum ini. Sekitar 40 peratus merupakan janda, 30 peratus masih bersuami dan 30 peratus lagi tidak berkahwin tetapi mempunyai anak. Lebih separuh daripada mereka Melayu berusia antara 18 dengan 50-an tahun.



Namun, rancangan lebih besar persatuan itu ialah membuka sebuah rumah tumpangan sementara untuk bekas penagih wanita.



Presiden Wira, Cik Ang Poh Wah, 58 tahun, yang telah terlibat dalam kerja pemulihan dadah selama 20 tahun, berkata bahawa meskipun program pemulihan di penjara adalah baik, wanita bekas penagih memerlukan khidmat pemulihan lanjut.



"Ia sesuatu yang kami boleh fikirkan tetapi bagaimana prasarananya nanti belum diketahui," kata Cik Ang.



Setiausaha Wira, Cik Victoria Goh, menambah: "Bagi wanita yang baru keluar dari penjara, beban yang perlu mereka tanggung adalah lebih besar daripada lelaki kerana jangkaan seperti tanggungjawab menjaga anak dan menguruskan rumah tangga yang diletak di atas pundak mereka.



"Justeru, mereka perlukan rumah peralihan untuk mendapatkan sokongan tambahan bagi menyesuaikan diri dengan lebih baik dalam keluarga dan masyarakat."



Cik Ang pula menambah: "Ada wanita yang tidak keluar mendapatkan bantuan kerana komitmen mereka kepada keluarga atau mereka tiada masa dan akibatnya mereka menanggung sendiri kesukaran."




Latar belakang Wira



PERSATUAN Untuk Wanita Dalam Pemulihan (Wira) diasaskan oleh Cik Sajni Linda Abdullah, 47 tahun, 10 tahun lalu.



Wira ditubuhkan dengan dua matlamat:



  • Memberi sokongan kepada bekas penagih wanita yang baru dibebaskan dari penjara melalui khidmat jagaan lanjut.

  • Mengadakan kumpulan sokongan bagi mereka yang ingin membina hidup baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >