SIRI LAPORAN ANTIDADAH - PEGAWAI PENGUATKUASAAN
Wira-wira antidadah - Tugas penuh risiko tapi tekad mahu lihat negara bebas dadah
Kerjasama antara Berita Harian/Berita Minggu dengan Biro Narkotik Pusat (CNB)
Dec 29, 2019 | 05:30 AM
MENYEKAT permintaan dadah - itulah tanggungjawab utama Timbalan Pegawai Pemerintah Divisyen Penguatkuasa 'J', Timbalan Superintenden (DSP) Mohaideen Abdul Kadir Gose Ahmad Sha.
Beliau, yang sudah berkhidmat dengan Biro Narkotik Pusat (CNB) selama hampir 11 tahun, berkongsi itulah tugas dan tanggungjawab utama sebagai pegawai penguatkuasa dalam membantu membasmi dadah di Singapura.