Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wisma Geylang Serai dibuka Julai, akan hos bazar Raya

Feb 10, 2018 | 05:30 AM



SELEPAS tiga tahun kerja-kerja binaan dijalankan, kini hab integrasi warisan budaya pertama Singapura, Wisma Geylang Serai (WGS), sudah siap 95 peratus dan dijangka dibuka tidak lama lagi.



Orang ramai boleh meninjau sekeliling pusat sivik itu mulai Mei ini, apabila kawasan seluas 6,719 meter persegi itu menjadi hos kepada bazar Raya tahun ini.



WGS dijangka mula beroperasi sepenuhnya sekitar Julai ini.



Semalam, pihak media dibawa mengelilingi dan meninjau kawasan hab itu, yang masih lagi giat menjalani pembinaan.



Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, yang ditugaskan menerajui projek WGS, telah memberi taklimat mengenai perkembangan pembinaan WGS.



Menurutnya, apabila siap kelak, sekitar 20 peratus ruangnya akan menempatkan kedai makanan dan minuman (F&B) serta perniagaan runcit.



Bakinya akan menempatkan beberapa pejabat agensi pemerintah, yang menawarkan khidmat jagaan bagi warga tua, kanak-kanak, ruang kesenian, khidmat sosial serta sebuah Galeri Warisan Melayu.



Terdapat juga sehingga tiga jambatan yang menghubungkan WGS dengan pasar Geylang Serai, bangunan bersebelahan yang bakal dibina, serta rangkaian yang menghubungkan sehingga ke Stesen MRT Paya Lebar.



Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Encik Chan Chun Sing, juga Timbalan Pengerusi Persatuan Rakyat (PA), turut menyertai lawatan tersebut.



Menurut Encik Chan, beliau tertarik dengan desain hab tersebut yang dijangka dihubungkan dengan bangunan 'berjiran' dengannya.



"Dr Maliki telah banyak memikirkan akan projek ini.



"Selain rangkaian penghubungnya yang cukup baik, saya juga ingin tekankan bahawa ia sebuah pusat satu perhentian untuk banyak khidmat tidak kira untuk budaya, perkhidmatan sosial, atau masyarakat - semuanya ada.



"Ini memberi kami lebih peluang menyumbang khidmat dengan lebih baik kepada penduduk," katanya.



Ditanya sekiranya pembukaan pusat itu tertangguh, Dr Maliki berkata:



"Ia bukan tertangguh, tapi cabarannya ialah kami bina sebuah bangunan dengan konsep baru.



"Memandangkan ia sebuah pusat sivik, kami perlu pastikan agensi yang bakal terlibat memahami rasional dan objektif hab ini.



"Kedua, kami habiskan masa yang lama menjalankan kajian melalui pakar-pakar sejarah daripada Universiti Nasional Singapura (NUS), selain pelajar madrasah menjalankan kajian beberapa pusingan ke atas bekas penduduk Geylang Serai.



"Kami perlu pastikan yang kami faham tempat ini dengan baik sebelum kami hasilkan konsepnya.



"Maka proses itu semua mengambil tempoh yang lama dan sebab itulah antara 2011 dengan 2015, kami jalankan banyak kerja seperti kajian.



"Antara 2015 sehingga kini, ia merupakan tempoh biasa bagi kebanyakan pembinaan bangunan," kata beliau.



Sebelum ini, terdapat laporan bahawa WGS dijangka siap antara 2015 dengan 2016.



Laporan lanjut: Wisma Geylang Serai hab interaksi sosial dan masyarakat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >