Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wong: Pemerintah perlu nilai hartanah warisan

Jul 03, 2017 | 05:52 PM



KESEMUA hartanah yang mempunyai nilai seni bina atau warisan - termasuk 38, Oxley Road - harus menjalani proses penilaian, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong.



Ini bermakna, melakukan "proses penilaian yang rapi" bagi kesemua hartanah sebelum memutuskan sama ada untuk memulihara atau pelihara, katanya semasa berucap di Parlimen hari ini (3 Julai).



Tambah Encik Wong, pelbagai agensi telah ditugaskan untuk meneliti isu ini di peringkat rendah, malah sebelum pembentukan jawatankuasa peringkat menteri dibentuk tahun lalu untuk melihat pada pilihan yang ada untuk rumah mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew itu.



"Pemerintah menjalankan proses penilaian yang ketat untuk semua hartanah sebelum memutuskan sama ada atau sebaliknya untuk memulihara atau memelihara mereka.



"Pertama, agensi-agensi pemerintah akan menjalankan penyelidikan terperinci mengenai merit pemuliharaan atau pemeliharaan harta benda yang menarik.



"Agensi-agensi perlu mengkaji kepentingan sejarah, kebudayaan, sosial dan agama harta benda, kepentingan nasional, serta merit seni bina atau ia jarang didapati.



"Dalam mengkaji kepentingan sejarah tapak, Lembaga Warisan Negara (NHB) akan mengkaji bagaimana tapak itu memainkan peranan dalam sejarah negara kita.



"Dalam mengkaji merit seni bina sesuatu bangunan, agensi Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) akan mengkaji bahagian-bahagian bangunan yang paling penting secara seni bina; dalam kelompok bangunan, manakah bangunan yang lebih penting.



Seterusnya kata beliau, agensi-agensi pemerintah akan mempertimbangkan perancangan bagi hartanah dan persekitarannya.



Ini termasuk memeriksa sama ada terdapat sebarang peraturan-peraturan teknikal yang mungkin memberi kesan ke atas bentuk pemuliharaan atau cadangan pemuliharaan bagi hartanah itu.



Agensi-agensi juga akan mengkaji semula penggunaan yang dibenarkan di tapak itu.



Sebagai contoh, (URA) boleh melihat sama ada bangunan kediaman yang dipelihara boleh disesuaikan untuk kegunaan komersial, atau untuk tujuan sivik dan komuniti.



"Namun perubahan seperti ini perlu bersesuaian dengan persekitarannya, dan disokong oleh pertimbangan prasarana seperti potensi meningkatkan trafik berikutan perubahan penggunaan," kata Encik Wong.



Tambahnya, berdasarkan kajian perancangan, agensi-agensi juga boleh mengkaji keperluan Pemerintah untuk pemerolehan bagi tujuan pemuliharaan atau pemeliharaan.



Di bawah Akta Pemeliharaan Monumen, sekiranya bangunan didiami sebagai tempat kediaman dan Pemerintah memilih untuk mewartakannya sebagai monumen, maka Pemerintah harus memperolehnya dalam masa satu tahun dari perintah pemeliharaan, atau perintah pemeliharaan itu akan luput.



Selain keperluan undang-undang, persoalan lain ialah sama ada perancangan untuk tapak yang dipelihara atau dipulihara lebih baik diambil alih oleh Pemerintah atau dibiarkan di bawah pemilikan swasta.



"Contohnya, jika tujuannya adalah untuk memanfaatkan orang awam kepada tapak yang dipelihara atau dipulihara, dan pemiliknya tidak bersedia berbuat demikian, salah satu pilihan ialah untuk memperolehi tapak itu.



"Kerja-kerja penyelidikan ini menyediakan maklumat dasar penting bagi semua hartanah yang dianggap memiliki nilai-nilai warisan atau seni bina. Jika ada keperluan untuk membuat keputusan mengenai langkah seterusnya bagi harta itu, maka agensi-agensi pemerintah akan terus mencari pandangan dari pihak-pihak yang berkepentingan," kata Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >