PUSAT pemeriksaan di Woodlands dan Tuas lengang pada pagi Rabu (18 Mac), hari pertama Malaysia mengenakan kawalan pergerakan bagi membendung Covid-19.
Gambar daripada kamera trafik Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada sekitar 7.30 pagi, biasanya waktu sibuk, memaparkan jalan raya yang kebanyakannya kosong.
Hanya beberapa jam lalu pada malam Selasa (17 Mac), laluan dilaporkan sesak dengan orang ramai bergegas pulang untuk mengelak daripada terkandas dek sekatan tersebut.
Baca laporan lepas: