Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Woodlands, Tuas dijangka sesak mulai Khamis

Mar 21, 2016 | 11:29 AM



MEMANDANGKAN cuti hujung minggu Good Friday Jumaat (25 Mac) ini, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menasihatkan mereka yang berhasrat menggunakan pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas supaya merancang perjalanan dengan teliti.

ICA berkata dalam satu kenyataan media pada Isnin (21 Mac) bahawa trafik dijangka sesak pada Khamis (24 Mac) dan Jumaat, manakala trafik ketibaan dijangka sangat sesak pada Ahad (27 Mac).

Oleh itu, orang ramai boleh menjangka kelewatan semasa tempoh tersebut, ujarnya.

Memandangkan keselamatan di pusat pemeriksaan kekal menjadi keutamaannya terhadap sembarang ancaman di Singapura, pemeriksaan keselamatan dan kesesakan trafik tidak dapat dielak, kata ICA.

Pemandu digalak memeriksa keadaan trafik di kedua-dua pusat pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan.

Mereka yang meninggalkan Singapura boleh mengetahui terlebih dahulu keadaan trafik daripada Sistem Pemantauan & Nasihat Lebuh Raya (Emas) Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) yang dipasang di sepanjang Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) dan Ekspreswe Bukit Timah (BKE).

Lebih banyak maklumat trafik juga boleh didapati melalui hotline trafik, 6863-0117, radio atau laman web One Motoring LTA atau portal MyTransport.SG.

"ICA akan terus mengambil langkah yang perlu bagi meningkatkan kecekapan pelepasan sebanyak mungkin tanpa menjejaskan keselamatan. Kami mengharap persefahaman dan kerjasama pelancong apabila menggunakan pusat pemeriksaan darat semasa waktu sibuk," kata ICA dalam kenyataannya.

Panduan menggunakan pusat pemeriksaan:

- Kongsi kereta

- Jangan tukar lorong sesuka hati

- Gunakan laluan Sistem Pemeriksaan Imigresen Automatik (eIACS) di dewan bas bagi mereka yang mempunyai BioPass atau telah berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Kebangsaan (NRO)

- Bawa pasport sah sendiri

- Jangan bawa barang yang dilarang atau melanggar undang-undang keluar atau masuk Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >