Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WP akan angkat cemeti parti bagi pemansuhan

Nov 29, 2022 | 05:30 AM



PARTI Pekerja (WP) akan mengangkat cemeti, atau whip, apabila Parlimen mengundi untuk memansuhkan undang-undang yang menjenayahkan hubungan seks antara lelaki.



Ini supaya Anggota Parlimen (AP) partinya dapat mengundi dengan bebas, dan dengan berbuat demikian, turut mewakili rakyat yang melihat isu itu sebagai soal pegangan agama dan hati nurani, kata Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, yang juga ketua WP.



Beliau berkata demikian dalam bahas bacaan kedua Rang Undang-Undang untuk memansuhkan Seksyen 377A Kanun Jenayah dan pada masa yang sama, pindaan kepada Perlembagaan dengan penubuhan Artikel 156 berhubung institusi kekeluargaan di Parlimen semalam.



Sementara itu, Parti Kemajuan Singapura (PSP) menyokong pemansuhan Seksyen 377A, namun percaya bahawa definisi perkahwinan harus ditentukan melalui referendum nasional, kata Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Cik Hazel Poa, dari parti itu.



Encik Pritam berkata disebabkan pandangan umum yang berbeza-beza mengenai pemansuhan undang-undang zaman penjajah itu, terdapat risiko nilai demokratik Parlimen boleh menjadi lemah jika pandangan rakyat Singapura mengenai isu itu tidak diutarakan dengan mencukupi di dalam Dewan.



Sembilan AP WP mempunyai pandangan berbeza mengenai Seksyen 377A dan setiap daripadanya akan bercakap tentang topik itu dalam kapasiti individu mereka, kata beliau.



Dua AP WP yang mempunyai pandangan berbeza mengenai isu itu tidak dapat hadir di Parlimen semalam disebabkan Covid-19.



Encik Faisal Manap (GRC Aljunied) akan mengundi menentang pemansuhan itu atas soal agama dan hati nurani, manakala Encik Louis Chua (GRC Sengkang) menyokong langkah itu.



"S377A adalah unik kerana ia diilhamkan melalui kaca mata agama oleh kebanyakan orang di Singapura, di samping menjadi soal hati nurani untuk jumlah yang tidak kurang pentingnya," kata Encik Pritam, yang menjelaskan keputusannya untuk mengangkat cemeti parti.



Encik Pritam berkata beliau menyokong pemansuhan itu. WP tidak menyokong komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ+) mahupun menentangnya pada tahun-tahun sebelumnya, kerana masyarakat itu tidak seharusnya dieksploitasi untuk kepentingan politik, kata beliau.



"Saya masih percaya bahawa sekiranya Parti Pekerja secara terbuka menyokong pemansuhan S377A, ia tidak baik untuk politik Singapura," kata beliau.



"Lebih penting lagi, ia tidak akan memenuhi kepentingan komuniti LGBTQ+," tambah beliau.



Sementara itu, Cik Poa dari PSP yang juga menyertai bahas semalam, berkata ramai rakyat Singapura bimbang tentang kesan pemansuhan terhadap perkahwinan.



"Pendirian PSP ialah takrif perkahwinan harus diputuskan melalui referendum nasional dan bukannya oleh Parlimen.



"Ini akan membolehkan ramai rakyat Singapura yang telah melahirkan keprihatinan untuk bersuara dalam perkara ini," tambahnya.



Cik Poa menyatakan pendirian PSP mengenai isu itu di Parlimen buat kali pertama sejak April, apabila beliau berkata sebagai respons kepada Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, bahawa tidak ada konsensus dalam partinya.



Beliau berkata partinya pada ketika itu percaya bahawa ini adalah isu di mana ia harus membenarkan anggotanya berpegang pada kepercayaan peribadi mereka, dan membiarkan masyarakat luas menentukan masa yang sesuai untuk mengubah undang-undang.



Namun, menyusuli perbincangan untuk mencari titik persamaan, beliau berkata PSP mengiktiraf ketidakadilan Seksyen 377A terhadap komuniti gay, tetapi juga kebimbangan ramai tentang kesan pemansuhan undang-undang itu terhadap keluarga, serta kesukaran yang mereka hadapi untuk berdamai dengan kepercayaan agama mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >