Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WP akan beri respons pada ‘forum dan masa yang sesuai’; Pritam sedia beri keterangan kepada Jawatankuasa Hak Istimewa

Dec 05, 2021 | 09:23 PM



MEMANDANGKAN kerja Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen masih berjalan, adalah sesuai bagi Parti Pekerja menjawab dakwaan terhadap pemimpin parti itu pada forum dan masa yang sesuai, kata parti itu dalam satu kenyataan  pada Ahad (5 Dis), merujuk kepada laporan interim yang dikeluarkan jawatankuasa tersebut  pada  Jumaat (3 Dis).

Parti itu  juga mengulangi kenyataannya bahawa ketua parti itu yang juga  Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, telah menjelaskan pada sidang media parti pada 2 Disember, bahawa beliau bersedia  memberi keterangan di hadapan jawatankuasa itu.

Kenyataan pada Ahad itu adalah kali pertama WP memaklumkan kepada orang ramai sejak Jawatankuasa Hak Istimewa itu mengeluarkan laporan pada  Jumaat malam (3 Dis).





Jawatankuasa itu telah ditugaskan untuk meneliti aduan terhadap bekas Anggota Parlimen (AP) WP, Cik  Raeesah Khan, yang meletak jawatan daripada Parti Pekerja dan sebagai AP GRC Sengkang Selasa lalu selepas mengaku telah berbohong di Parlimen.

nurut Cik Raeesah, Encik Singh; Pengerusi WP, Cik Sylvia Lim; dan Naib Pengerusi WP, Encik Faisal Manap, telah memberitahunya supaya berpegang kepada pembohongan yang beliau  katakan di Parlimen pada 3 Ogos.





Parti itu berkata ia mengambil perhatian  pengeluaran laporan interim oleh jawatankuasa itu “tanpa mengambil keterangan pemimpin Parti Pekerja yang telah dikenakan dakwaan serius”.

Parti itu menambah:  “Sebilangan orang awam telah bertanya mengapa pemimpin Parti Pekerja tidak memberi respons setakat ini kepada laporan interim yang dikeluarkan Jawatankuasa Hak Istimewa.

“Kami faham bahawa kerja jawatankuasa masih berjalan. Oleh itu adalah sesuai  untuk maklum balas diberikan pada forum dan masa yang sesuai.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >