KES BICARA MAJLIS BANDARAN ALJUNIED-HOUGANG

WP dakwa ikut garis panduan, 'pantau' ejen

ANGGOTA majlis bandaran Parti Pekerja (WP) telah menurut garis panduan untuk 'memantau' perbuatan ejen pengurusan dan tidak memberikan FM Services & Solutions (FMSS) kebebasan meluluskan bayaran kepada diri sendiri.

Ini meskipun pemiliknya, How Weng Fan dan Danny Loh mendukung jawatan pengurusan utama dalam Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC), kata peguam bela defendan, Encik Chelva Rajah, pada hari keempat perbicaraan semalam.

Promosi Masa Terhad Hari Raya

Berita Harian

Atau langgani sekarang untuk menerima salah satu daripada hadiah menarik ini

bernilai sehingga $179