Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WP: Khidmat awam tidak harus terlibat dalam politik

Sep 09, 2015 | 12:26 PM



Perkhidmatan awam harus kekal berkecuali walaupun itu bermakna mengundi keluar pemimpin politik melampau, kata calon Parti Pekerja (WP) dalam rapat parti itu di Aljunied GRC Aljunied malam tadi (8 Sep).


Objektiviti perkhidmatan awam menjadi tema rapat WP di Stadium Serangoon itu, apabila calon membangkitkan contoh yang mereka anggap sebagai tingkah laku berat sebelah penjawat awam dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bertindak adil.


Encik Png Eng Huat, yang bertanding di SMC Hougang, berkata Kementerian Pembangunan Negara menghantar surat kepada WP mengenai majlis bandarannya sekalipun pada hujung minggu, meneruskan hujah pengerusi parti itu, Cik Sylvia Lim, bahawa agensi pemerintah sedang dipolitikkan Parti Tindakan Rakyat (PAP).


"Jika kita tidak menyampai mesej kuat kepada PAP bahawa cukuplah, kita akan hilang rasa hormat kita terhadap perkhidmatan awam akhirnya. Politik PAP tidak baik untuk negara ini, jadi tolaklak politik itu," katanya.


Hujah serupa dibuat calon WP bagi GRC Aljunied, Encik Pritam Singh, yang berkata: "Perkhidmatan awam yang tidak dipolitikkan, yang tidak melayan kawasan undi pembangkang berbeza daripada kawasan undi PAP ialah masa depan yang kita semua mahu."


Bagaimanapun, beliau juga memuji "kakitangan awam yang tidak terlibat dalam politik semasa menjalankan tugas mereka dan menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat".


Encik Singh berkata beliau ada menemui "kakitangan awam sangat memahami" semasa menjalankan tugasnya sebagai Anggota Parlimen (AP) "mengamalkan belas kasihan" dengan mengeluarkan amaran dan bukan denda kepada penduduk Aljunied yang melanggar peraturan.


Dalam ucapannya, ketua WP, Encik Low Thia Khiang, berkata PAP mempunyai tanggungjawab memastikan sekiranya terdapat perubahan pemerintah, Singapura masih boleh berfungsi dengan baik.


Tetapi PAP kini "sorokkan semua sumber politik dan mengawal semua jentera pemerintah", dan malah AP pembangkang sekalipun terpaksa meminta kebenaran daripada pertubuhan akar umbi di bawah PAP sebelum mengadakan acara di tempat-tempat tertentu, kata Encik Low dalam bahasa Mandarin.


Encik Low juga berkata isu-isu berhubung majlis bandaran menunjukkan kepentingan "memupuk parti-parti politik lain".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >