PARTI Pekerja (WP) harus menetapkan sasaran menandingi dan memenangi sepertiga kerusi di Parlimen dalam tempoh pertengahan, kata Setiausaha Agung parti itu, Encik Pritam Singh.
Beliau turut menggesa anggota parti agar terus mengembangkan pendekatan politik yang 'rasional dan bertanggungjawab' yang dipupuk oleh Encik Low Thia Khiang, yang berundur dari jawatan Setiausaha agung parti tersebut April lalu.