Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

WP masih punya matlamat mansuh Dasar Integrasi Etnik (EIP)

Jul 06, 2021 | 05:30 AM



KETUA Pembangkang, Encik Pritam Singh berkata Parti Pekerja (WP) masih mempunyai matlamat untuk memansuhkan Dasar Integrasi Etnik (EIP) tetapi tidak sebelum Singapura mencapai situasi di mana ia neutral kaum dan inisiatif tidak lagi diperlukan.



Beliau mempersoal sama ada EIP yang diperkenal pada 1989 bagi memastikan campuran kumpulan etnik yang seimbang di estet HDB, merupakan satu-satunya langkah dalam pelbagai dasar pemerintah untuk menggalak integrasi.



Encik Singh turut menggesa agar EIP disemak semula dengan mengambil kira perbincangan nasional mengenai hubungan perkauman, kesan imigrasi serta kehadiran masyarakat lain seperti warga Filipina dan Myanmar, yang di luar kategori Cina, Melayu, India dan yang lain (CMIO) tetapi kini menetap di flat-flat HDB, serta kahwin campur di antara rakyat Singapura dan warga asing.



"Dasar yang ada sekarang mempunyai kesan lebih besar terhadap golongan minoriti, yang menjejas mereka apabila perlu menjual flat.. Ini bercanggah dengan objektif dasar iaitu keharmonian kaum, sekali gus membiak rasa benci terhadap mereka yang terjejas ekoran dasar tersebut," kata Encik Singh.



Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee berkata sejak 2006, WP mahu EIP dimansuhkan kerana menurut parti itu, Singapura telah mencapai paras kepelbagaian budaya yang amat tinggi, sesuatu pandangan yang berbeza daripada pemerintah.



Ini kerana menurutnya, insiden perkauman yang berlaku baru-baru ini memberi peringatan bahawa memastikan keharmonian antara kaum adalah sesuatu yang masih perlu diusahakan di Singapura.



"Apakah sebenarnya kedudukan WP? Apakah tidak akan berlakunya kelompok perkauman jika kita memansuhkan EIP?



"Atau adakah kita telahpun mencapai paras integrasi berbilang kaum, justeru ia bukan sesuatu isu jika kita mempunyai seluruh blok yang kebanyakannya dihuni satu kaum, masyarakat akan berubah jika terdapat kelompok etnik?" kata beliau.



Encik Sitoh Yih Pin (Potong Pasir) juga telah bertanyakan tentang bagaimana CMIO masih kekal relevan pada hari ini.



Menjawab, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong menukil bagaimana WP telah beberapa kali mempersoal kesesuaian model CMIO sambil menggesa agar ia dimansuhkan.



"Tetapi pada masa yang sama, dalam hampir setiap sesi Parlimen, terdapat banyak soalan yang memberi tumpuan terhadap setiap kaum, yang meninjau terhadap program, hasil dan bantuan," katanya yang merujuk kepada soalan Anggota Parlimen WP mengenai kategori khusus setiap kaum.



Beliau menambah bahawa keduadua dewan sedar adalah penting untuk melihat hasil mengikut setiap segmen masyarakat.



"Dan hanya jika anda mempunyai klasifikasi CMIO dan pembahagiannya, barulah anda dapat menjejak prestasi sesebuah segmen masyarakat untuk mengukur hasilnya dan menilai sendiri keberkesanan dan hasil program yang telah dilaksanakan," katanya lagi.



Berucap di akhir sidang Parlimen semalam, Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Raj Joshua Thomas pula menekankan pentingnya dialog matang, kesediaan untuk berucap secara terus terang, dan keterbukaan untuk mendengar.



Mengulas tentang insiden Cik Sarah Bagharib dan Persatuan Rakyat (PA), Encik Thomas berkata beliau bersetuju dengan langkah PA untuk membatalkan dialog yang dirancang bersama Cik Sarah.



Ini sedang "kenyataan Cik Sarah kelihatan seperti mewakili semua masyarakat Melayu" tetapi hakikatnya masyarakat Melayu mempunyai pelbagai pandangan mengenai hal itu.



Namun, beliau menggesa Cik Sarah untuk tidak menyepikan diri dan terus terlibat dalam perbincangan mengenai isu tersebut.



Memberi respons, Encik Tong, akur pentingnya untuk mengendali perbincangan dan perselisihan secara membina untuk menggalakkan dialog yang bermakna dan menolak retorik yang berpecah belah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >