Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WP nafi dua pemimpin kanan parti itu minta Shin Leong tutup mulut

Dec 08, 2021 | 05:30 AM



PARTI Pekerja (WP) menyangkal kenyataan bekas anggota parti itu, Encik Yaw Shin Leong, yang dipecat pada 2012, bahawa dua pemimpin parti tersebut telah menasihatkan beliau agar berdiam diri tentang dakwaan yang dilontarkan terhadap beliau.



Encik Yaw, yang dipecat menyusuli tuduhan menjalin hubungan sulit dengan seorang anggota parti lain, berkata mantan setiausaha agung WP, Encik Low Thia Khiang, dan pengerusi WP, Cik Sylvia Lim, telah menasihatkan beliau agar tidak berkata apa-apa mengenai kejadian itu.



Mengulas dalam satu catatan Facebook kelmarin, Encik Yaw - yang menggunakan nama Amos Rao bagi akaun itu - telah menyangkal kenyataan oleh ketua WP, Encik Pritam Singh, dalam satu sidang media Khamis lalu bahawa beliau tidak tampil memberi penjelasan kepada anggota parti lain berkenaan isu itu dan ini membawa kepada keputusan parti itu untuk memecatnya.



Malah, Encik Yaw berkata sebelum dakwaan tersebut timbul, beliau telah menceritakan kejadian itu secara terus-terang kepada Encik Low.



Apabila dakwaan itu timbul, beliau dengan segera telah memberi penjelasan kepada kedua-dua Encik Low dan Cik Lim, dan telah dinasihatkan oleh mereka berdua agar berdiam diri.



WP dalam kenyataannya semalam menyangkal kenyataan Encik Yaw itu, sambil menambah bahawa Encik Low dan Cik Lim menyatakan mereka tidak menasihatkan beliau untuk berdiam diri.



"Encik Low dan Cik Lim dengan tegas menyatakan mereka tidak menasihatkan Encik Yaw untuk berdiam diri. Malah, beliau telah dipanggil menghadap CEC (Jawatankuasa Eksekutif Pusat) WP untuk menjelaskan perkara itu, namun memilih untuk tidak berbuat demikian," kata WP.



Mengulas lanjut dalam catatan Facebooknya, Encik Yaw, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Anggota Parlimen (AP) SMC Hougang selama setahun hingga 2012, berkata beliau telah mengutamakan kepentingan parti tersebut dan memutuskan untuk mengundur diri secara senyap.



Menurutnya, beliau ke luar negara selepas itu untuk memberi parti tersebut ruang bagi membentuk naratif yang diperlukan.



Namun, beliau telah dipecat pada 14 Februari 2012 atas sebab "pecah amanah, kepercayaan dan jangkaan parti dan warga".



"Saya terima naratif ini, tetapi saya tidak terima apa yang dikatakan Pritam kerana saya telah menjelaskan perkara itu," tambahnya.



Kejadian pemecatan Encik Yaw telah ditukil Encik Pritam dalam sidang media minggu lalu untuk membezakan antara situasi tersebut dengan insiden berkaitan mantan AP GRC Sengkang, Cik Raeesah Khan, yang telah berbohong di Parlimen berkaitan kes serangan seksual yang didakwanya telah disalah urus pihak polis.



Dalam keterangan Cik Raeesah kepada Jawatankuasa Hak Istimewa yang meneliti aduan terhadapnya, beliau berkata tiada seorang pun pemimpin atau aktivis kanan WP yang telah memberitahunya supaya menjelaskan perkara sebenar di Parlimen pada 4 Oktober lalu.



Menyusuli keterangan tersebut, WP dalam kenyataannya berkata respons terhadap dakwaan semasa siasatan Jawatankuasa Hak Istimewa itu akan diberikan pada tempoh yang sesuai, bahkan ia bersedia memberikan bukti sewajarnya kepada jawatankuasa tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >