Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WP perluas skim subsidi pembaikan rumah bagi penduduk

wp
Aug 16, 2022 | 05:30 AM



PARTI Pekerja (WP) akan meluaskan sebuah skim yang memberi subsidi hingga $50 kepada penduduk yang memerlukan pembaikan rumah kepada semua kawasan undi mereka, iaitu Aljunied, Hougang dan Sengkang.



Ini sedang kos kehidupan di Singapura meningkat, kata ketua WP, Encik Pritam Singh, yang mengumumkan demikian sebelum majlis jamuan malam tahunan Hari Kebangsaan parti itu di Hougang Avenue 5 Sabtu lalu.



Lebih 1,400 penduduk, penyokong WP dan orang ramai menghadiri majlis itu, yang diadakan di padang terbuka di sebelah Blok 324, lapor The Straits Times.



Mantan ketua WP, Encik Low Thia Khiang, turut hadir di majlis makan malam itu bersama kesemua sembilan lagi anggota parlimen (AP) WP.



Skim itu, yang dimulakan pada awal tahun ini, disasarkan pada bujang lebih tua yang tinggal di kawasan und WP tetapi kini akan ditawarkan kepada semua penduduk berdasarkan kes mereka, kata jurucakap WP.



Encik Pritam, yang juga Ketua Pembangkang, memberitahu media bahawa AP WP akan terus mengetengahkan isu kos kehidupan yang tinggi di Parlimen.



Beliau juga menyentuh penyambungan semula aktiviti pendekatan partinya berikutan kelonggaran sekatan Covid-19 sejak April lalu.



"Di East Coast dan Marine Parade, parti ini meneruskan lawatan ke rumah dan aktiviti lain, yang juga mereka lakukan jika langkah pengurusan selamat mengizinkan.



"Kini, banyak sekatan telah ditarik balik dan mereka akan meneruskan tugas mereka," kata Encik Pritam.



Ketika ditanya mengenai rancangan parti itu untuk menggantikan mantan AP Raeesah Khan, yang meletak jawatan daripada Parlimen pada November tahun lalu selepas berbohong kepada Dewan, Encik Pritam berkata calon Sengkang baru akan diumumkan dalam masa terdekat.



Sementara itu, AP Sengkang, Encik Louis Chua, dan presiden sayap belia WP, Cik Nicole Seah, berkata parti itu telah meluaskan usaha pendekatan kepada orang muda melalui media baru, seperti podcast dan TikTok.



WP melancarkan akaun TikToknya pada 5 Ogos dengan video yang memaparkan Encik Low.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >