ISU kos sara hidup yang terus memberi tekanan kepada warga Singapura terus menjadi antara isu utama yang dibangkitkan calon Parti Pekerja (WP) dalam rapat pilihan raya malam tadi.
Calon WP di GRC Marine Parade, Encik Firuz Khan, berkata kos sara hidup yang tinggi seperti kos makanan, pengangkutan dan juga pendidikan terus membelenggu warga Singapura.