Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Writ: 7 Mei pilihan raya kecil Bukit Batok

Apr 20, 2016 | 03:18 PM



PENDUDUK di kawasan undi perseorangan Bukit Batok akan keluar mengundi pada 7 Mei ini untuk menentukan siapakah yang layak menjadi Anggota Parlimen bagi kawasan undi tersebut.



Hari Penamaan Calon ditetapkan pada 27 April ini, dengan calon-calon yang ingin bertanding harus mengemukakan pencalonan mereka mulai 11 pagi hingga 12 tengahari di pusat penamaan calon yang telah ditetapkan.



Presiden Tony Tan Keng Yam mengeluarkan writ Pilihan Raya pada 3 petang tadi.



Bagi mengesahkan pencalonan mereka, setiap calon yang ingin bertanding antara lain harus mengemukakan wang berjumlah $13,500 dalam bentuk tunai ataupun draf bank, sebagai deposit pilihan raya.



Di samping itu, borang pencalonan perlu ditandatangani oleh enam penduduk yang menetap di kawasan undi tersebut.



Borang pencalonan boleh didapatkan dari Pejabat Pilihan Raya di Prinsep Street, antara 9 pagi hingga 5 petang pada hari biasa, kecuali Ahad dan hari cuti umum.



Kekosongan kerusi bagi kawasan undi perseorangan Bukit Batok berlaku menyusuli keputusan Encik David Ong, 54 tahun, meletak jawatan sebagai AP kawasan itu dan daripada partinya, Parti Tindakan Rakyat (PAP) atas "sebab-sebab peribadi."



Encik Ong menyertai politik dalam Pilihan Raya 2011 dan terpilih sebagai AP GRC Jurong.



Pada Pilihan Raya 2015, kawasanundinya dijadikan SMC, yang memperlihatkan persaingan tiga penjuru antara Encik Ong dengan calon Parti Demokratik Singapura, Encik Sadasivam Veriyah `dan calon bebas, Encik Samir Salim Neji.



Encik Ong menang dengan undi 73 peratus, melebihi kadar nasional ia itu sebanyak 69.9 peratus.



Sejauh ini, PAP telah mengesahkan Encik K. Muralidharan Pillai, sebagai calon mereka.



Parti Demokratik Singapura (SDP) pula mengesahkan Setiausaha Agung mereka, Encik Chee Soon Juan, akan bertanding dalam pilihan raya kecil ini.



Parti-parti pembangkang lain telah menyatakan mereka tiada rancangan untuk bertanding.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >