Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WSG, MPA lancar program penukaran kerjaya bagi sektor pengangkutan laut

Nov 14, 2021 | 05:30 AM



TENAGA Kerja Singapura (WSG) dan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) telah melancarkan Program Penukaran Kerjaya (CCP) yang dipertingkat untuk karyawan dan rakan bersekutu pengangkutan laut yang boleh memberi manfaat kepada 300 individu dalam tempoh dua tahun.



Dalam satu kenyataan bersama semalam, WSG dan MPA berkata pelancaran CCP ini bertujuan menutup jurang kemahiran sedia ada, kerana transformasi sektor itu telah meningkatkan permintaan bagi kemahiran merentas disiplin dalam bidang seperti analisis data, automasi dan robotik.



Menurut kenyataan itu lagi, tawaran terbaru ini adalah lanjutan kepada program sebelum ini untuk karyawan pengangkutan laut dan untuk karyawan pelabuhan, yang telah memberi manfaat kepada lebih 160 individu dalam masa tiga tahun lalu.



Dilancarkan di pusingan akhir Cabaran Digital Maritim semalam oleh Menteri Negara Kanan Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, program itu akan membolehkan individu mempersiapkan diri dengan lebih baik bagi peranan pekerjaan seperti pengurus operasi pelabuhan, penganalisis perkapalan, penolong pengawas teknikal dan ejen kapal.



Terdapat tiga laluan untuk program tersebut iaitu letak dan latih, pengerahan semula dan mempelajari kemahiran dan reka semula pekerjaan (JRR) yang baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >