MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, terharu dengan pengiktirafan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, terhadap sumbangan masyarakat Islam dalam menangani pengganasan.
"Pengiktirafan PM ialah satu detik penting yang menyedarkan kami bahawa ini merupakan satu usaha nasional yang penting, bukan sahaja dalam masyarakat, bahkan dalam memastikan keselamatan negara," ujar Dr Yaacob, yang ditemui di Seminar Pelan Kerja Muis semalam.