KERJASAMA antara pelbagai pihak penting dalam usaha membangunkan anak yang berdaya tahan dalam dunia yang berubah-ubah kini, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim.
Dengan dunia dan keadaan yang kian berubah, generasi muda kini akan mewarisi dunia yang berbeza daripada apa yang dilalui generasi ibu bapa dan datuk nenek mereka.