PARLIMEN
Yaacob bentang rang undang-undang pindaan Amla
Pasangan bawah 21 tahun perlu dapat izin ibu bapa sebelum daftar di ROMM, hadiri kursus rumah tangga
Jul 04, 2017 | 05:30 AM
MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, membentangkan Rang Undang-Undang Pentadbiran Hukum Islam (Pindaan) - di Parlimen bagi bacaan pertama semalam.
Jika pindaan ke atas Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) itu diluluskan pada masa akan datang, pasangan Muslim bawah umur - salah seorang atau kedua-duanya berusia bawah 21 tahun - antara lain harus mendapat keizinan ibu bapa atau penjaga sebelum mendaftar di Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM).