Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yaacob garis tugas Mendaki bantu masyarakat hadapi cabaran

Nov 16, 2017 | 05:30 AM



DALAM dunia global dan pasaran lebih bersaing, menyediakan anak Melayu/Islam dengan pendidikan asas sahaja tidak mencukupi.



Ia juga, bukan hanya memastikan pekerja Melayu/Islam mendapat pekerjaaan, bahkan mengenai mendapatkan pekerja itu pekerjaan yang baik dan memastikan mereka kekal bekerja dalam pekerjaan yang baik itu bagi sepanjang hayat mereka, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.



Beliau yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber menekankan demikian semasa berucap dalam acara ulang tahun Mendaki ke-35 berserta jamuan bagi Pengumpulan Dana Amanah Pendidikan (ETF), dengan Presiden Halimah Yacob diundang sebagai tetamu tehormat, semalam.



Dr Yaacob berkata melihatkan masa depan, cabaran yang dihadapi masyarakat Melayu/Islam akan lebih rencam dan pelbagai bentuknya.



"Pertama, sekitaran kita dan pengalaman kehidupan harian kita telah berubah dengan pesat sejak masa penubuhan Mendaki. Dunia telah menjadi lebih tidak menentu, sedang pasaran pekerjaan menjadi lebih berdaya saing. Perkembangan dalam teknologi seperti Data Besar dan Kecerdasan Buatan telah banyak mempengaruhi cara kita hidup, bekerja dan bermain.



"Misalnya, bagi ramai anak muda kita, tidak mempunyai akses berterusan bagi aplikasi Internet dalam telefon bimbit adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan, tetapi pada yang sama, penggunaan Internet yang berleluasa menjadi realiti hanya pada dekad yang lalu."



Selain itu, beliau berkata aspirasi masyarakat Melayu/Islam sudah menjadi bertambah rencam dengan profil pendidikan masyarakat yang berbeza - daripada pelajar di universiti dan politeknik hinggalah ke ITE - mengejar cita-cita dalam bidang bukan tradisional seperti aeroangkasa, bioteknologi, media fesyen, filem digital dan seni sonik.



"Tugas Mendaki adalah menyokong pelajar kita supaya mereka dapat mencapai inspirasi dan akhirnya mendapatkan pekerjaan yang baik," ujar beliau.



Satu lagi usaha ke arah matlamat itu, menurutya, adalah Mendaki harus menggiatkan usaha bagi memastikan kanak-kanak Melayu/Islam mendapat pendidikan awal terbaik dan setelah pelajar lulus daripada institusi pendidikan posmenengah, mereka harus dapat terus memupuk budaya belajar sepanjang hayat.



"Dalam ekonomi yang berubah pantas, pekerja kita perlu lincah, bersedia dengan kemahiran dan sentiasa bersedia meninggalkan pengetahuan lama dan belajar semula.



"Mendaki mesti meningkatkan kesedaran dan merubah cara berfikir supaya masyarakat melihat isu-isu tersebut sebagai kritikal, dan bukan setakat baik diperolehi," tegas Dr Yaacob.



Laporan lain: Mendaki bentuk unit transformasi digital dekati umum




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >