Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yaacob gesa masyarakat terus bersatu dan kekalkan harmoni

IRMA KAMARUDIN
Sep 24, 2015 | 12:07 PM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, menggesa masyarakat untuk terus bersatu dan mengekalkan keharmonian yang dikecapi sejak 50 tahun lalu.


Beliau berkata, meskipun terdapat perbezaan dalam pandangan adalah penting untuk masyarakat mencari persamaan demi memperkukuh perpaduan masyarakat.


Dr Yaacob berkata demikian semasa ditemui setelah selesai solat Hari Raya Aidiladha di Masjid Al-Mawaddah sebentar tadi.


"Saya rasa ia tepat pada masanya untuk kita mengingatkan masyarakat bahawa apa yang kita ada adalah kecil tetapi berharga. Pastikan apa yang kita lakukan tidak memecah belahkan masyarakat dan sekiranya terdapat perbezaan dalam pandangan, kita harus menanganinya dengan cara baik, untuk bertemu satu sama lain dan berbincang.


"Kita harus sedaya upaya memelihara keharmonian yang telah kita kecapi sejak 50 tahun lalu dalam masyarakat kita, sebagai sebuah masyarakat bersatu padu yang tertumpu pada mempertingkat kehidupan agama masyarakat Islam di Singapura," kata Dr Yaacob.


Khutbah Aidiladha di masjid tersebut pula telah disampaikan Mufti Singapura Dr Fatris Bakaram.


Khutbah itu antara lain menyentuh tentang pentingnya menumpukan kepada persamaan yang dikongsi setiap orang dan memberi perhatian bagaimana perbezaan dalam pandangan dan pemikiran boleh dimanfaatkan untuk melakukan kebaikan dan mengatasi cabaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >