MENTERI Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, akan menghadiri Mesyuarat Menteri Digital G20, yang diadakan buat julung-julung kalinya, mengenai 'Pendigitalan: Dasar bagi Masa Depan Digital' di Dusseldorf, Jerman, dari 6 hingga 7 April.
Menurut satu kenyataan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), mesyuarat itu akan menyentuh tentang pendigitalan bagi pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi, dan keperluan membina kemahiran dan keupayaan digital.