MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, mengharapkan ibadah korban yang berjaya dan bermakna tahun ini setelah kambing dari Australia dan Ireland selamat tiba di Singapura awal minggu ini.
Dalam satu kiriman Facebook semalam, Dr Yaacob berkata semua kambing telah diagihkan ke 25 masjid serata Singapura yang mengambil bahagian dalam ibadah korban tahun ini.