MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berharap dapat terus bekerjasama dengan Setiausaha Parlimen Kanan (SPS) (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Encik Hawazi Daipi, walaupun ahli politik mapan itu tidak lagi berkecimpung dalam arena politik Singapura.
Ditemui media di acara 'Memperingati Hari Kebangsaan (NDO) Kita' semalam, Dr Yaacob berkata Encik Hawazi telah banyak menyumbang bukan hanya di peringkat negara malah di peringkat masyarakat.