Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yaacob: Isu sensitif masyarakat sering dibincangkan di balik tabir

Sep 08, 2015 | 03:49 PM



ANGGOTA Parlimen (AP) Melayu Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah melakukan banyak usaha untuk membantu masyarakat termasuk sentiasa membincangkan dan memberi maklum balas tentang isu-isu sensitif serta sentimen yang dihadapi orang Melayu kepada pemerintah.


Bahkan, ini sering dilakukan di belakang tabir agar tidak kelihatan sebagai persemukaan sebaliknya lebih sebagai mencari kata sepakat.


Demikian dinyatakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, ketika menyangkal kenyataan calon Parti Pekerja (WP), Encik Muhamad Faisal Abdul Manap, yang menyarankan agar masyarakat Melayu memberi sokongan kepada barisan alternatif Melayu.


Dalam laporan di Berita Harian semalam, Encik Faisal yang merupakan calon Melayu pertama daripada parti pembangkang memenangi kerusi parlimen dalam pilihan raya umum 2011, berkata "sudah tiba masanya agar diadakan satu barisan alternatif bagi melengkapi apa yang kita ada sekarang".


Mengulas Dr Yaacob berkata:


"Kami bekerja keras tentang semua isu-isu sensitif di balik tabir dan kami lakukan demikian atas sebab yang mudah.


"Ini bukan mengenai politik di mana anda menjadi juara atau wira selama sehari kerana anda telah menimbulkan beberapa isu sensitif. Ini mengenai perjalanan jarak jangka panjang."


Dr Yaacob ditemui selepas menemui peniaga di pasar dan pusat penjaja di Whampoa Drive pagi tadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >