Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Yaacob ke Saudi bincang kuota haji

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Yaacob ke Saudi bincang kuota haji

Jan 17, 2014 | 07:10 PM

MENTERI Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, akan memulakan lawatan empat hari ke Arab Saudi esok.

Dalam rangka lawatan itu, Dr Yaacob akan menemui Menteri Haji Saudi, Dr Bandar Bin Mohammed Hajjar, untuk membincangkan urusan haji warga Singapura pada Oktober ini.

Menurut kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) hari ini, Dr Yaacob akan turut membincangkan kuota haji rasmi Singapura bagi haji kali ini.

Beliau akan ditemani Ketua Eksekutif Muis, Haji Abdul Razak Hassan Maricar dan beberapa pegawai lain.

Secara rasmi, Arab Saudi memperuntukkan 680 tempat bagi jemaah Singapura setiap tahun, sejajar dengan dasar kerajaan itu yang menetapkan hanya 0.1 peratus daripada Muslim di setiap negara boleh menunaikan haji setiap tahun.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3