MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, akan mengetuai delegasi Singapura ke mesyuarat tahunan menteri haji di Arab Saudi dari hari ini hingga Jumaat.
Semasa di sana, Dr Yaacob, yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan, akan menemui Menteri Haji Arab Saudi, Dr Bandar Mohammed Hajjar.