Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yaacob ketuai pasukan PAP GRC Jalan Besar, bentang pelan induk lima tahun

Pelan peningkatan bernilai $20 juta
Aug 17, 2015 | 12:14 PM



PARTI Tindakan Rakyat (PAP) telah memperkenalkan empat calonnya bagi GRC Jalan Besar dalam satu acara yang turut mendedahkan pelan induk lima tahun bagi estet tersebut.


Pasukan PAP itu yang diketuai Menteri Perhubungan dan Penerangan Yaacob Ibrahim, juga merangkumi Menteri Negara Kanan (Pejabat Perdana Menteri) Heng Chee How, mayor Daerah Central Denise Phua, dan Anggota Parlimen (AP) veteren Lily Neo.


GRC Jalan Besar diwujudkan semula dalam satu semakan kawasan undi pilihan raya dan menggantikan GRC Moulmein-Kallang yang dibubarkan.


Majlis Bandaran Central, dalam mengumumkan pelan induk itu bertema “My Kampung In The City” atau “Kampung Saya Dalam Bandar”, berikrar untuk melaksanakan sekitar 200 projek peningkatan bernilai $20 juta untuk mempertingkatkan lagi estet yang kelihatan tua.


Antara projek yang dirancang termasuk 22 laluan pejalan kaki tertutup, 37 sudut kecergasan, 37 sudut permainan, 11 sudut penduduk, 17 dewan masyarakat dan lapan taman masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >