Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yaacob lawat UK pelajari strategi perpustakaan dan arkib

Sep 14, 2015 | 05:17 PM



MENTERI Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, akan mengadakan lawatan ke United Kingdom (UK) mulai esok hingga Jumaat, untuk mengetahui lebih dekat tentang strategi-strategi pendekatan dan koleksi perpustakaan dan arkib UK.


Beliau akan mengunjungi Perpustakaan British, Arkib Negara dan institusi-institusi budaya yang lain.


Para pegawai dari kementeriannya dan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) turut akan menyertai lawatan tersebut.


Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) berkata lawatan itu akan membantu Singapura menghasilkan strategi-strategi untuk mengukuhkan lagi koleksi NLB tentang Singapura dan serantau; memudahkan akses kepada orang ramai tentang koleksi-koleksi tersebut; dan menggalak penglibatan mereka menerusi inisiatif-inisiatif mendampingi masyarakat yang dipertingkatkan.


Singapura juga akan menghadiahkan kepada Perpustakaan British sebuah koleksi tentang Singapura sebagai sebahagian daripada inisiatif Hadiah Buku SG50 NLB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >