Yaacob: Melayu perlu turut sumbang idea atasi isu dan cabaran di peringkat nasional
Jul 05, 2015 | 05:30 AM
MASYARAKAT Melayu/Islam perlu turut menyumbang di persada nasional, termasuk membantu memperjuangkan serta memelihara dasar meritokrasi dan kepelbagaian kaum.
Ini setelah masyarakat Melayu/Islam sendiri meraih manfaat daripada dasar tersebut sejak sekian lama, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.