Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yaacob: Muslim perlu tampil cegah pengganasan

Jun 07, 2017 | 05:30 AM



MUSLIM Singapura perlu tampil dan memain peranan, membantu satu sama lain dalam mencegah dan menentang pengganasan.



Walau akur perkara ini adalah cabaran jangka panjang, beliau yakin Muslim Singapura mampu melakukannya, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim.



"Jika kita melihat seseorang yang menjadi radikal, kita perlu mendekati orang itu dan beritahu pihak berkuasa, supaya kita boleh mengekang masalah ini dari mula.



"Walau ia cabaran jangka panjang, saya yakin Muslim Singapura boleh melakukannya, kerana kita telah menyedari perkara ini buat sekian lama, dan untuk sekian lama juga, berusaha menyatukan kaum dan mendekati kaum lain," ujar Dr Yaacob.



Dr Yaacob berkata demikian kepada wartawan selepas jamuan iftar bersama Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Masjid Al-Muttaqin di Ang Mo Kio Avenue 6 semalam.



Merujuk kepada serangan pengganas di London yang berlaku Ramadan ini, Dr Yaacob berkata ia bercanggah dengan ajaran Islam.



"Berbuat demikian menunjukkan mereka tidak menghormati Ramadan yang mulia ini. Bagi kita, kita perlu terus menegakkan kepercayaan kita bahawa Ramadan ialah bulan yang memberi rahmah... kita perlu menunjukkan rahmah kepada semua orang lain," kata Dr Yaacob, yang turut menyentuh tentang cabaran yang dihadapi Muslim Singapura.



"Dari segi ini, adalah sesuai bagi kita tampil ke depan dan menggalakkan masjid-masjid melakukan lebih banyak lagi untuk mendekati masyarakat, termasuk yang bukan Muslim dalam kawasan masing-masing," katanya.



Awal minggu ini, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang Encik K. Shanmugam berkata sentimen anti-Muslim sedang meningkat di Singapura dan warganya perlu bersatu untuk mencegah perkembangan ini bagi memerangi pengganasan.



Laporan lain: Muis: Pengganasan cemar kesucian Ramadan, harus dikeji




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >