MASYARAKAT Muslim Singapura sedang giat berusaha menentang fahaman pelampau, meningkatkan kewaspadaan dan membantu pihak yang memerlukannya, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.
Tambah Dr Yaacob, beliau turut prihatin jika penangkapan warga Singapura di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini - yang dianggapnya peringatan tentang ancaman pengganasan yang serius dan benar - mencetus keraguan terhadap Muslim dalam kalangan masyarakat lebih luas.