Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yaacob: Penggubal dasar harus didorong hasrat hurai isu warga, bukan wang

Dec 18, 2022 | 05:30 AM



PENGGUBAL dasar terdorong menjalankan setiap usaha yang mampu untuk menyelesaikan isu yang dihadapi warga kerana mereka cukup ambil berat dan prihatin tentang Singapura, kata mantan menteri kabinet, Dr Yaacob Ibrahim.



"Sekiranya anda melakukannya kerana duit, anda berada dalam pekerjaan yang salah," ujarnya.



Dr Yaacob, yang bersara daripada politik pada 2020, berkata demikian semasa satu sesi dialog bersama belia di pembukaan Sidang Puncak Pemimpin Belia Sedunia di Universiti Nasional Singapura (NUS) semalam.



Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan pelajar Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang, Cathleen Ong, 15 tahun, yang bertanya apakah nilai yang harus dimiliki penggubal dasar.



Dr Yaacob menyertai politik pada 1997 dan memegang pelbagai portfolio menteri, termasuk di Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (kini Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY)), Kementerian Sekitaran (kini Kementerian Kemampanan dan Sekitaran) dan yang terakhir di Kementerian Perhubungan dan Penerangan.



Beliau juga pernah menjadi Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.



"Saya baca banyak buku untuk memahami dasar dengan lebih baik... dan apa harus dilakukan. Saya rasa minda ingin tahu itu serta pemahaman bahawa apa yang bakal anda lakukan dan usul itu boleh menjejas kehidupan," ujar Dr Yaacob.



Sidang puncak itu dianjurkan oleh 24 pemimpin pelajar daripada sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi serta Dear Asian Youth Singapore, iaitu sayap Singapura bagi pertubuhan antarabangsa yang dipimpin belia, Dear Asian Youth, yang bertujuan menggalak tindakan sosial, kesaksamaan dan keadilan.



Acara ini diadakan buat kali pertama dalam bentuk maya tahun lalu dari 17 hingga 19 Disember dan disertai sekitar 230 belia.



Edisi tahun ini memaparkan Model Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang membolehkan peserta memainkan peranan sebagai anggota delegasi badan dunia itu dan membincangkan isu seperti inovasi, pembangunan negara dan penyelesaian konflik.



Pelajar Institusi Hwa Chong, Lucas Liu, 17 tahun, yang juga moderator sesi dialog itu, bertanya apakah yang boleh dilakukan anak muda dalam mengharungi dunia yang kian bertambah rumit ini.



Dr Yaacob berkata golongan muda harus kekal terbuka dan banyak membaca.



"Bangunkan diri menjadi generasi akan datang yang boleh membawa Singapura ke tahap seterusnya. Ini tidak boleh dilakukan dengan apa yang dipelajari di sekolah sahaja, perlu belajar lebih daripada itu," ujarnya.



Sidang puncak belia yang berlangsung dari 17 hingga 19 Disember itu dihadiri sekitar 230 peserta.



Sidang puncak itu dibiayai bersama oleh Crimson Education, Eugene Thuraisingam LLP, Dana Singapura Kita di bawah MCCY serta Geran Young ChangeMakers di bawah Majlis Belia Kebangsaan (NYC).



Dalam pada itu, Kor Belia Singapura, sebuah divisyen di bawah NYC, turut berkongsi maklumat terkininya tentang usaha sukarela bagi tahun ini.



Tahun ini, 6,000 relawan belia menyertai program Kor Belia Singapura di dalam dan luar negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >