Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yaacob: Peranan masjid berkembang, sumbang kepada masyarakat dan negara

Oct 21, 2017 | 02:27 PM



Masjid di Singapura telah berkembang selama ini, bukan sahaja sebagai tempat beribadah, bahkan ruang sosial yang menyumbang kepada masyarakat dan negara.



Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, semasa ditemui media hari ini (21 Oktober) selepas sesi perbincangan menjelang ulang tahun ke-50 Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) atau Muis50 tahun depan.



“Idea yang kita ada sepanjang 50 tahun lalu, yang membuat kita berjaya, mungkin menyekat kita.



“Jika kita membataskan diri kita sebagai sebuah institusi keagamaan, kita tidak akan ada kelas, dan program untuk orang muda yang ada sekarang.



“Kita telah beralih dan sedar bahawa masjid ialah ruang masyarakat, dan juga sebuah ruang keagamaan,” ujar Dr Yaacob.



Katanya lagi, masjid harus terus menjadi sebuah institusi aktif yang bukan sahaja memenuhi keperluan masyarakat, bahkan menyumbang kepada masyarakat lebih luas.



Sekitar 50 orang, yang terdiri daripada anggota lembaga pengurusan masjid serata Singapura, terlibat dalam sesi perbincangan Muis50 mengenai usaha meningkatkan peranan masjid.



Sesi yang diadakan di Hab Islam Singapura di Braddell Road itu sebahagian siri perbincangan menjelang Muis50, dan merupakan sesi keempat yang telah dianjurkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >