SINGAPURA mesti terus membangunkan keupayaan teknologinya bagi mencipta kekuatan baru dan melengkapi diri bagi fasa pembangunan infokom seterusnya, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim semalam.
Bagi mencapai matlamat ini, Singapura mesti merebut peluang daripada pergabungan sektor infokom dan media.