Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yaacob: Seni wadah berkesan sebar mesej tentang Islam

SITI AISYAH NORDIN
Oct 14, 2015 | 11:30 AM



SENI Islam merupakan antara wadah berkesan untuk menyampaikan mesej sebenar tentang Islam dan menghapuskan salah tanggap mengenainya.


Menyatakan demikian, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, berkata menerusi seni Islam, dunia akan mengetahui bahawa agama itu sebenarnya telah banyak menyumbang sebagai sebuah tamadun.


Beliau berkata demikian di majlis pelancaran pameran seni Islam antarabangsa di Galeri Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) sebentar tadi.


Pameran 'Jameel Prize' itu memaparkan warisan dan seni Islam sejak pertengahan abad ke-18 yang diberi sentuhan kontemporari


"Saya rasa ini satu wadah yang baik untuk menonjolkan apakah tradisi Islam dan bagaimana tradisi ini telah pun digunakan oleh seniman-seniman muda untuk mewujudkan karya-karya lebih kontemporari.


"Ini menunjukkan bahawa Islam sebagai satu budaya dan sebuah tamadun banyak membuat sumbangan kepada masyarakat dan juga kepada dunia."


Menurut pengarah projek pameran itu, Encik Peer Sathikh, tujuan utama pameran tersebut adalah untuk menunjukkan bagaimana budaya dan warisan Islam telah memberikan inspirasi kepada para seniman.


"Artis-artis yang terlibat tidak semestinya beragama Islam, dan ini menunjukkan bahawa mereka juga terangsang (oleh warisan dan budaya Islam)," ujar beliau.


Pameran tersebut berlangsung selama dua bulan di galeri NLB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >