Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yaacob: Serangan pengganasan adalah terhadap Islam, tidak wakili Muslim

Jul 05, 2016 | 02:58 PM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, mengutuk siri pengeboman bunuh diri di negara-negara majoriti Islam baru-baru ini sebagai "tindakan pengganasan tidak masuk akal" yang bertentangan dengan Islam, dan tidak mewakili umat Islam.



Pos Facebook beliau pada pagi Selasa (5 Julai) dibuat beberapa jam selepas laporan mengenai beberapa serangan bunuh diri di Arab Saudi pada Isnin (4 Julai).



Satu serangan itu dibuat berhampiran Masjid Nabi di Madinah.



Dr Yaacob berkata beliau terkejut dan sedih mengenai lebih banyak laporan tentang beberapa letupan bom bunuh diri di negara-negara majoriti Islam, iaitu Malaysia, Bangladesh, Turkey, Indonesia dan Arab Saudi.



Mengutuk "serangan kejam" itu, beliau menulis: "Perbuatan pengganasan tidak masuk akal ini mengabaikan kesucian hidup manusia, tanpa mengira agama.



"Serangan ke atas bandar dan negara majoriti Islam, yang mengambil nyawa umat Islam semasa bulan suci Ramadan, mengesahkan bahawa tindakan kejam mereka adalah terhadap Islam dan tidak mewakili umat Islam di seluruh dunia."



"Ingatan saya bersama rakyat Malaysia, Arab Saudi dan di tempat lain di dunia di mana pengganasan melanda mereka."



Dr Yaacob turut menggesa rakyat Singapura supaya sentiasa berwaspada dan bersatu sebagai satu bangsa.



Menteri Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, turut mengulas mengenai serangan tersebut dan masa ia dilakukan.



Beliau menulis dalam laman Facebooknya: "Bulan suci Ramadan bertujuan menjadi masa untuk kebajikan dan belas ihsan. Sebaliknya, ISIS (kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria) melihat Ramadan sebagai masa sesuai untuk mengambil nyawa tidak berdosa, mengisytiharkan mereka akan menjadikan ia "bulan derita bagi orang-orang kafir di mana-mana'."



"Bahkan orang Islam tidak terkecuali. Ingatan dan doa kami bersama mangsa dan orang tersayang mereka," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >