Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yaacob seru lagi doakan Swee Keat pulih, Shanmugam juga kagumi pegawai SCDF

May 16, 2016 | 10:00 AM



MENTERI Perhubungan dan Maklumat, Dr Yaacob Ibrahim, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Masyarakat Islam, berkata Menteri Kewangan Heng Swee Keat kini di bawah pemerhatian berterusan di Hospital Tan Tock Seng.



"Kita perlu memberi ruang kepada keluarganya tetapi yang paling penting, marilah kita terus berdoa agar beliau sembuh kerana beliau anggota sangat penting dalam Kabinet.



"Beliau anggota sangat penting dalam Pemerintah kita dalam menentukan hala tuju masa depan bagi Singapura," ujar Dr Yaacob.



Beliau menyatakan demikian kepada wartawan dalam sebuah acara Yayasan Mendaki mengenai isu-isu pendidikan pada Ahad (15 Mei).



Encik Heng rebah semasa mesyuarat Kabinet Khamis lalu akibat diserang angin ahmar.



Sementara itu, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, memberitahu pemberita pada satu acara larian HomeTeamNS beliau juga kagum dengan profesionalisme kumpulan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang menguruskan Encik Heng apabila beliau rebah dalam bilik Kabinet di Istana.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong Sabtu lalu menulis kepada Pesuruhjaya SCDF Eric Yap, memuji empat pegawai terlibat.



Encik Shanmugam berkata pada Ahad: "Kami berdiri dalam bilik, PM berada di sana, menteri kanan berada di sana, seluruh Kabinet berada di sana.



"Para pegawai SCDF - orang sangat muda, yang diketuai seorang wanita - masuk. Mereka tidak menghiraukan kami semua, mereka terus memberi tumpuan pada pesakit dan itu memberitahu saya bahawa mereka bersikap profesional, mereka sangat terlatih.



"Tidak kira siapa pesakit. Malah, mereka tidak tahu siapa pesakit sehingga mereka tiba."



Encik Shanmugam berkata para pegawai itu juga menyoal Menteri Negara Janil Puthucheary, seorang pakar kanak-kanak terlatih, yang membantu untuk memulihkan semula Encik Heng, kerana mereka berasa apa yang dilakukannya berbeza daripada apa yang mereka telah diajar.



"Beliau berkata tindakan mereka menyoalnya adalah betul. Beliau kemudian menjelaskan kepada mereka bahawa beliau melakukannya secara berbeza kerana mengikut keadaan," tambah Encik Shanmugam.



"Mereka langsung tidak menunjukkan sembarang tanda sembarang tekanan tambahan. Itulah bukti profesionalisme dan latihan yang pegawai SCDF dapat," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >