MENTERI Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim (gambar), telah menemui tiga bakal Anggota Parlimen (AP) Melayu baru dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) semalam bagi membincangkan peranan yang boleh mereka mainkan dalam masyarakat Melayu/Islam Singapura.
Mereka ialah Encik Amrin Amin, Cik Rahayu Mahzam dan Encik Saktiandi Supaat, masing-masing dipilih sebagai bakal AP GRC Sembawang, GRC Jurong dan GRC Bishan-Toa Payoh menyusuli Pilihan Raya Umum Jumaat lalu.