Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yaacob tidak lihat diri jadi Presiden

Jan 08, 2017 | 05:30 AM



MENTERI Perhubungan dan Penerangan yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, tidak melihat dirinya bertanding dalam Pilihan Raya Presiden, yang diperuntuk bagi kaum Melayu tahun ini.



"Tidak. Saya gembira dengan apa yang saya lakukan sekarang. Saya suka menyumbang kepada tugas dasar.



"Sedikit sebanyak apa saya lakukan semasa terlibat dalam pelbagai kementerian, saya harap ia telah meningkatkan mutu kehidupan di Singapura," ujar Dr Yaacob, 61 tahun.



Beliau berkata demikian apabila ditanya apakah beliau melihat dirinya bertanding dalam Pilihan Raya Presiden yang dijangka diadakan tahun ini.



Ini setelah Parlimen meluluskan pindaan kepada Perlembagaan Singapura berhubung beberapa perubahan kepada sistem Presiden Dipilih (EP), termasuk memberi peruntukan kepada kaum tertentu jika seorang Presiden daripada kumpulan itu gagal dipilih dalam lima penggal atau 30 tahun.



Singapura tidak mempunyai seorang Presiden Melayu sejak Presiden pertama Encik Yusof Ishak meninggal dunia pada 1970 semasa menyandang jawatan itu.



Nama Dr Yaacob sebelum ini disebut sebagai antara mereka yang mungkin layak ditampilkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Presiden.



Antara kriteria kelayakan bagi calon daripada sektor awam termasuk menyandang jawatan penting sekurang-kurangnya tiga tahun.



Beberapa individu lain lain turut disebut-sebut sebagai calon berpotensi sebelum ini. Ini termasuk Speaker Parlimen, Cik Halimah Yacob, 62 tahun; dan mantan Menteri Kabinet, Encik Abdullah Tarmugi, 72 tahun.



Mengulas perkara ini, Cik Halimah memberitahu Berita Harian November lalu: "Saya berpendapat bahawa apa jua situasi, atau kedudukan yang kita pegang, kita tidak harus lupa tentang matlamat penting kita iaitu berkhidmat kepada Singapura dan rakyat Singapura."



Encik Abdullah pula memberitahu akhbar The Straits Times: "Saya berbohong jika saya kata kawan-kawan saya tidak bertanya mengenainya. Saya fikir memang ia dijangka. Jika anda lihat mereka yang layak, tidak ramai pun.



"Tetapi apabila kawan saya menyarankannya, saya kata: Tunggu dulu... masih awal lagi. Saya juga harus fikirkan keinginan saya juga, kehidupan saya, keluarga saya, dan privasi saya. Ia bukan laluan yang diambil sendirian."



Daripada sektor swasta, beberapa calon berpotensi termasuk mantan rakan pengurus di Deloitte & Touche, Encik Po'ad Mattar, yang juga anggota Majlis Penasihat Presiden (CPA), dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank of Singapore BOS), Encik Bahren Shaari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >