SETIAP generasi harus menjadi generasi pengasas, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, kepada 550 pelajar prauniversiti pada pagi Selasa (31 Mei).
Dalam ucapan pembukaan di Seminar Prauniversiti di Maktab Rendah Kebangsaan (NJC), beliau memberikan amanah kepada mereka untuk bimbing Singapura hingga ke ulang tahun ke-100 serta menggariskan ciri-ciri yang harus ada untuk berjaya - yakin, teruja ingin tahu dan kekal ketersambungannya.
Pelajar ini daripada 30 pusat prauniversiti, - maktab rendah, politeknik dan institut prauniversiti lain berhimpun di dua dewan kuliah di NJC yang bertempat di Bukit Timah.
Mereka mengambil bahagian dalam seminar tahunan di mana mereka perlu bekerjasama dengan pelajar daripada sekolah lain dalam projek yang bekaitan dengan tema tahun ini, Khidmat: Menempa Kisah Singapura.
Encik Chan berkata generasi sebelum ini telah mengharungi cabaran seperti Konfrontasi, kemelesetan ekonomi global dan krisis minyak dengan belia masa kini perlu mencari jalan mereka menerusi keadaan yang unik.
Konfrontasi adalah tempoh konflik bersenjata antara negara Indonesia, Malaysia dan Singapura yang baru lahir, menyusuli kemerdekaan daripada kuasa penjajah.