Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yale-NUS College henti ambil pelajar baru

Yale-NUS akan gabung dengan Program Sarjana Universiti (USP) NUS untuk bentuk kolej baru jelang Ogos 2022
Aug 28, 2021 | 05:30 AM



KOLEJ Yale-NUS College, sebuah institusi sastera liberal yang ditubuhkan oleh Universiti Yale dan Universiti Nasional Singapura (NUS) pada 2011, tidak lagi akan menerima pelajar baru.



Seramai 240 mahasiswa baru yang diterima di Yale-NUS awal bulan ini - kohort kesembilan sekolah itu - kini akan menjadi kohort terakhirnya.



Mereka dijadual menamatkan pengajian pada 2025.



Dalam kenyataannya semalam, NUS berkata Yale-NUS akan bergabung dengan Program Cendekiawan Universiti (USP) NUS untuk membentuk kolej baru yang akan dibuka pada Ogos tahun depan.



Yale-NUS akan tetap dibuka dan menjalankan program akademik, kokurikulum dan penyelidikan sehingga akhir tahun akademik 2024/2025.



Mahasiswa yang menyertai program USP akan beralih ke kolej baru itu pada tahun depan.



USP dimulakan pada 2001 dan menerima sekitar 240 mahasiswa setahun dari tujuh fakulti dan sekolah di NUS.



Bilangan pelajar ini serupa dengan kohort tahunan Yale-NUS, iaitu sekitar 250 pelajar setahun.



Kededua program ini menawarkan kurikulum berbilang disiplin meluas umum.



Yale-NUS, yang memperuntuk kelas lebih kecil dan menawarkan pengalaman asrama bagi mahasiswa, bertujuan memupuk siswazah yang boleh berfikir secara mendalam dan menghubungkan pelbagai bidang pengetahuan.



NUS berkata ia menggabungkan kededua sekolah tersebut dengan tujuan mengumpulkan ciri-ciri terbaik dan pengalaman luas USP dan Yale-NUS.



Kolej baru itu, yang diberikan nama sementara "New College', diharap dapat meneruskan warisan menyediakan pendidikan sastera liberal berbilang disiplin yang bertaraf dunia.



NUS berkata kolej baru itu berada pada kedudukan yang kuat untuk menawarkan program yang lebih meluas dan terkhusus kerana lebih bersepadu dengan NUS.



Kurikulum umum baru yang inovatif akan dirancang untuk merangsang penglibatan intelektual yang ketat dan kehidupan di asrama yang rancak.



"Pelajar akan mengalami model pembelajaran berbilang disiplin yang menyeluruh dan yang mengikuti kurikulum fleksibel, kehidupan bersama dan pembelajaran dalam kumpulan kecil," kata NUS.



NUS berkata kurikulum Yale-NUS yang merangkumi sastera dan sejarah, pemikiran sosial moden, falsafah, pertimbangan kuantitatif dan penyelidikan saintifik telah menjadi inspirasi untuk mengembangkan pendidikan antara disiplin mereka sendiri dan merancang kurikulum umum di seluruh NUS.



Kurikulum USP pula telah membolehkan pelajar saban generasi membuat perhubungan kuat merentas berbilang disiplin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >