Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yang Yin dijel 26 bulan kerana palsukan resit, kesalahan imigresen

Sep 29, 2016 | 11:43 AM



BEKAS pemandu pelancong China, Yang Yin, dipenjara 26 bulan pada Khamis (29 Sep) kerana memalsukan resit, dan bagi kesalahan imigresen serta menipu.



Pada Mei lalu, Yang, 42 tahun, mengaku bersalah terhadap 120 daripada 347 tuduhan. Baki tuduhan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Kebanyakan tuduhan itu ialah kerana memalsukan resit bagi syarikat palsunya, Young Music and Dance Studio, manakala selebihnya kerana menipu, jenayah imigresen, dan melanggar undang-undang Akta Syarikat.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Nicholas Tan berkata Yang menipu pihak berkuasa hingga memberinya status Penduduk Tetap (PR) dengan memalsukan resit untuk mewujudkan gambaran bahawa syarikatnya sebuah perniagaan menguntungkan dengan pendapatan lebih $450,000.



Beliau berkata status PR hanya diberi kepada orang yang menyumbang kepada Singapura tetapi Yang tidak melakukan apa-apa.



Yang berjaya memohon Pas Pekerjaan dan diberi PR pada 2011. Dia juga menipu pihak berkuasa hingga memberi isterinya pas lawatan jangka panjang.



DPP Tan berkata pada Rabu: "Ini adalah seorang warga asing yang menghabiskan hampir keseluruhan masa lima tahunnya di Singapura sama ada melakukan kesalahan atau bersiap sedia untuk melakukan kesalahan."



Secara berasingan, Yang telah mengaku bersalah menyeleweng $1.1 juta wang seorang janda berusia 89 tahun, Cik Chung Khin Chun, yang dia berkawan semasa menjadi pemandu pelancong beliau di China.



Yang pindah ke Singapura untuk tinggal bersama Cik Chung pada 2009 dan menubuhkan syarikat palsu itu sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk kekal di sini.



Pihak pendakwaan meminta hukuman penjara 10 hingga 12 tahun bagi kesalahan itu. Hukuman dijadualkan dijatuhkan pada Jumaat (30 Sep).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >